June 7, 2011

Tuah Takkan Bunuh Jebat Dua Kali

Wahai si pari- pari yang pernah luput dari sisi, masihkah kau mesra dalam dakapan? Kita pernah serupa dalam segala, masih dapatkah ulangi cerita indah yang sama? Aku masih, aku inginkan sesuatu baru tapi tetap sama seperti lama. Tiada lama, tiada muncul pula yang baru. Yang lama adalah perlu untuk yang baru. Semoga, semua indah belaka. Aku pernah biarkan kau terbang dalam terang, dalam berat aku pergi. Tapi siapalah aku, walau melangkah jauh, aku sering berpaling tanpa kau sedari. Aku yang pernah kotor, hina, bahaya, tanpa sedar masa telah berlalu. Usah ulangi kisah itu, kerna ia hanya merobek pelusuk jantung. Itu hanyalah mimpi yang tidak indah lagi. Hanya rindu temani mimpi indah yang lalu. Ia tidak musnah, ia tidak mati. Hati masih memanggil suara kejam berbisik dendam, tolonglah buang jauh dari aku. Hari dulu kau datang bersama masa depan, hari sekarang kau hilang tinggalkan kenangan. Kau kenangan ku, aku hanyalah mimpi buruk mu. Akan datang mohon aku tiada lagi wayang. Jangan bagi lagi yang palsu, yang tipu, kerna ia pasti akan musnah, pasti akan mati. Separa sedar bibir terucap, rindu dan sayang, tetap kau dendam.
Aku pun tak faham.

Wahai sang dendam, harap kau tenanglah bersama di sana.

Keliru bagai tiada sempadan noktah.
Aku hentikan tikam lidah,
aku rendahkan api amarah,
aku renjatkan segala telingkah,
semua pinta mu aku menyerah.
Tapi, semua bagaikan secebis sampah!
Aku tak rela jadi punah bila aku hanya mengalah,
dan kau hanya tahu ucap 'terserah lah'?

8 comments:

Anonymous said...

metaforik indah selamanya..

asiah Fly said...

wah..dh lme wa xmeninggalkn comment kat blog lu..keh3 bizi barangkali..tpi wa bace tau blog lu..wah..skang ayt lebih berkias,nice,n mendalam

Afiq Ah said...

aku menitiskan air mata semasa membaca tulisan ini. cuma satu;

Tuhan sudah rancangkan yang terbaik untuk kita

jangan terlalu hina diri kamu. sesungguhnya kamu itu salah satu malaikat kecil yang sukar dipertemukan. malaikat yang terpancar sinarnya

betty said...

sebak..seksa nye jiwa kau..kadang sesuatu yang tuhan beri sekarang adalah untuk kita fahami hari kemudian..

mari kita sama sama belajar

apiz.kamarudin said...

@Aisar, insyaAllah semua indah
@asiah Fly, sila2 kan lah, kiasan utk menjaga hati org ;p
@Afiq Ah, timaseh kerana prihatin :)
@betty, insyaAllah :)

Syuhada said...

susunan tulisan yang indah

penjajah minda said...

aku makin kagum.masih ingat aku? -pencaci jalanan-

apiz.kamarudin said...

wah, sahabat! selamat kembali :)