Aku bukan Tuhan, aku bukan Nabi, aku bukan Malaikat mahupun ulama'. Aku juga hanya mampu duduk dan berlindung pada Yang Satu, yang juga sama dengan mu. Aku juga masih mencari bimbingan yang belum utuh dalam jiwa. Tapi, aku sudah tidak mampu berlaku gerak, melafazkan suara, mahupun berkelip mata. Di mana semua letaknya keikhlasan, kekuatan, dan ketabahan untuk sebuah perasaan yang amat sukar untuk dilengkapkan dalam teks ini. Tulisan, takkan pernah sama dengan ungkapan lisan. Raut wajah, takkan dapat dihuraikan segalanya. Hati, adakah masih sama dengan perasaan? Apakah segala keikhlasan selama ini sudah terbalas? Walaupun balasan najis yang diterima dari pemberian bunga yang harum, aku harus terima.
Aku bukan Tuhan, aku Nabi, aku bukan Malaikat. Selama- lamanya aku tetap hamba, dan takkan berubah atau mengubah rupa. Merenung jauh kebelakang, semua kelekaan aku sudah terjawab. Oh, maksud aku kebodohan, bukan kelekaan. Mengharapkan dan memberikan kebahagiaan kepada yang sentiasa membenci adalah sangat bodoh, dan cukup perit untuk aku telan. Kebencian yang sentiasa berdoakan kehancuran aku yang sebenarnya. Semoga Tuhan akan makbulkan doa nya yang mengharapkan aku begitu. Aku kaku, keras, kejung.macam mayat pun sudah tak perlulah dikisahkan lagi. Tak perlu simpati murahan, tak perlu paksaan. Aku yang hina, sentiasa belum hebat dan agung, seperti yang lain.
Aku ialah manusia biasa, aku ialah sentiasa hamba kepada Nya juga, aku ialah hanya Apiz Kamarudin yang juga bermaruah dan berperasaan; dan walaupun mereka sering menjaja maruah ku semurah itu. Di manakah agaknya letak lagi secebis, secarik mahupun sezarah yang tinggal untuk aku? Apa lagi harus aku buat? Apa lagi yang harus aku terima? Semua aku sahaja yang menanggung, segalanya akan berbayar, walaupun budi takkan pernah ada harganya. Terima kasih semua yang pernah hadir.
Alhamdulilah, aku masih tahu di mana arah kiblat ku.
Alhamdulilah, aku masih tahu di mana arah kiblat ku.
Mungkin ini juga konklusinya kenapa aku tak pernah rasa perasaan beraya sehingga ke saat ini. 'Selamat hari raya' adalah satu ucapan, begitu juga 'maaf zahir batin' sebagai ungkapan pelengkapnya. Selamat hari raya semua, kita tak perlu menunggu hari raya untuk bermaaf- maafan kerana silaturrahim tak pernah mengira masa dan tempat untuk diikat ataupun diputuskan. Sebelum aku diam, dan sebelum mereka menjemput aku pulang;
salam keamanan buat semua. Maaf, ini bukan untuk dihayati.
salam keamanan buat semua. Maaf, ini bukan untuk dihayati.
3 Syawal 1432.
No comments:
Post a Comment