April 13, 2011

Berat Macam Gajah

Tubuh begitu liat hingga ke otak, makin memberat sampai berkarat. 
Berdenyut- denyut, lagi kuat dari nadi. Bersesak- sesak, lagi banyak dari nafas. Berguling- guling, lagi hebat degup. Berkepul- kepul lagi dahsyat dari sakit. Berkejar- kejar selagi tiada kerja.

Bukan nak cakap, tapi kena buat. Bila aku tak buat, rugi lah rasa. Bila aku tak rasa, aku tak tahu. Bila aku tak tahu, aku tanya. Bila aku tak tanya, sampai bila? Aduh, mungkin ini lah namanya otak serabut tanpa punca. Kenapa tak semangat sikit pun hari ini? Kenapa tak boleh sikit pun nak gerak? Kenapa boleh pula luangkan di sini ? Semua benda tak dibuat, semua benda tak dikisah, semua benda tak dipeduli. Hmm, betul ke semua benda? Banyak betul persoalan aku kali ni. Tapi aku cakap banyak 'tak', tiada pulak 'tidak'.

Oh, hari ini hari aku malas, hari semalam kurang malas, hari mendatang bagaimana malasnya aku?(soalan lagi).

Mata pun dah penat, lagi lah berat :(

p/s: menyampah tengok movie paling tak logik kat mamak tadi.

9 comments:

airazulaikha said...

erkk tak berapa faham..huhuhu

Anonymous said...

*ketawa*

bebelan yg sangat ikhlas itu..

rehatlah. jiwa hati fizikal semuanya memerlukan rehat juga. bukan kerana malas lagi :)

apiz.kamarudin said...

@ska
timaseh, tapi masa yg sgt mendesak, tiada masa untuk rehat, walaupun tersangat malas..hmmm

ILA HonEyBuNNy said...

jangan malas2...
rajin2....heheh

apiz.kamarudin said...

saye sedang mencOba utk tidak malas lg wahai HonEyBuNNy :)

Yuni Aisyah said...

mmg pemalas...hikhik...

apiz.kamarudin said...

tapi gajah lagi malas kot ;p
hehehe

faiz said...

gajah tak malas yng disangka...

apiz.kamarudin said...

ye. malas mcm berat, berat mcm gajah. tu je.