April 10, 2011

Dendam Perantau

Bila aku suka, kau janganlah buat- buat suka. Bila kau benar- benar suka, barulah kau cakap kau suka. Apakah yang aku suka? Semestinya diri aku sendiri. Apa pula yang aku tak suka? Ia juga adalah diri aku.

Dulu, seagak- agak, seingat- ingat dan serasa- rasa aku, dalam zaman baru kehangatan baligh yakni kira- kira 10 tahun ke belakang (kot), ramai yang 'cakap' suka kat aku walaupun ada yang tak pernah bercakap. Mungkin sebab aku ni bukan jenis cepat dan senang suka kan orang time tu. Zaman tu, agak riak, berlagak, sombong dan segala yang takabbur ada pada aku. Tapi rasa nya tak ada lah teruk sangat kot aku ni, sebab ada banyak lagi suara- suara sokongan dan pujian untuk aku. Mungkin itu semuanya kerana latar belakang. Ahh, lantak korang lah! Tapi semuanya tak ke mana pun. Sehingga sampai ke satu tahap, aku kena sedar sifat terlalu dongak ke langit ni, memakan diri sendiri juga. Lalu, aku cuba kembali belajar menjadi seperti sifat padi yang makin berisi makin tunduk dan bukannya makin gemuk. 

Aku takkan cerita benda baik pasal aku, kalau ada.

Hmm, zaman dah berubah dan akan sentiasa berubah. Begitu juga dengan manusia, tak salah jika berubah untuk kebaikan. Tapi, ada ke peluang?

Oh sekarang, telah banyak pahit manis aku lalui hampir 10 tahun hidup di rantau orang (bukan kampung halaman). Aku mulai faham. Sifat baik, dan mahmudah bukan senang untuk dipelihara dalam diri. Banyak rintangan, pancaroba, hasutan, pengaruh, juga politik, sedikit sebanyak akan menjahanamkan aku. Aku tak akan cakap cinta juga telah menjahanamkan aku, sebab aku tak mahu jadi pendendam, seperti segelintir. Hancur bila aku tak boleh nak cakap. Jahanam bila aku tak pandai nak hadap.
Ya, memang jahanam.

Ma aku selalu cakap,
"biar orang buat kita, jangan kita buat orang", bila dapat detected anak yang ketiga berapi dia ni ada masalah. Tapi, adakah maksud ma aku, aku kena bagi chance kat orang- orang lain untuk pijak aku?

7 comments:

Smart Rental Malaysia said...

standby utk elak sebelum kena pijak kaki busuk..

Anonymous said...

biar orang buat kita, jangan kita buat orang. itu yg ska pegang. sampai satu saat ska penat dipergunakan.. tapi.. itu jugalah..

karma. pujukan untuk hati agar tidak mengulang apa yg terkena.

~sori. out of topic huh :)

apiz.kamarudin said...

@lady.fw
byk kaki yg busuk di luar sana menanti, kan?

@skandaLdariLangit
"karma.pujukan untuk hati agar tidak mengulang apa yg terkena" <-sebenarnya tak out of topic pun..ada yg kena jugak :)

Anonymous said...

ceh. xleh copy. dah xleh buat quote sini =="

bdw part biar org buat kita, jgn kita buat org tu. xdelah ur mom maksudkn mcm tu. just, no matter wht they do, kita jz stay buat baik ja. err.. memang kena la maksud dengan karma~

like wht u did, u get back. wht they did, they get back. tak perlu dari kita. mungkin dari unsur lain~

apiz.kamarudin said...

masih di dalam proses untuk menerima, mungkin :)

terimakasih

Yuni Aisyah said...

ya setuju bukan mudah nak mengekalkan sifat baik yg ad pd diri..tp insyaALLAH dgn iman yg tersemat didada n jati diri yg kuat insyaALLAH kte dpt memelihara sifat mahmudah itu..

suke all ur story....:)

apiz.kamarudin said...

yeahh yuni, jumpa di sini pulak :P