April 5, 2011

Berundur Untuk Menyerang

Berundur!! Ayuh, kita berundur saja!!
Ya! Tak mungkin boleh menang jika sebegini rupa dugaannya.
Tidak! Mungkin kita tidak menang jika kita tak tahu menempuhnya.

Aku dah cakap hari tu, jangan cuba simbah minyak pada sang api. Tapi kau lupa, kau degil! Nah, bila dah terkena, lagi dan lagi, sampai bila? Bukan niat nak semarakkan lagi api yang sedang lenyap. Cuma, cubalah jawab, sampai bila berbaloi kah menjadi boneka semata- mata? Makin hari makin berisi hasutan nya, puaka nya, tapi kau kelam, bingung, atau resah?
Jangan kusutkan lagi otak sampai busuk.

Kadang kala, itulah pentingnya menjadi orang penting. Cubalah untuk pentingkan diri sendiri. Ya, mungkin. Mungkin cuma seketika saja. Apa yang penting, pentingkan dulu mana yang teramat penting. Bukan lebih penting. Orang nak cakap kau bodoh, kau marah ke? Tapi bila kau sedar kau bodohkan diri, siapa yang kau marah? Dengarlah kata- kata si bijak yang lebih, bukan buat- buat bijak pada yang kurang bijak. Aku rasa aku tak bijak untuk semua tu. Aku rasa tak ada yang akan faham pun apa yang aku tak faham. Selama ni, semua benda ni semua kat dalam. Kalau kat depan sekali pun, belum tentu ada sesiapa boleh nampak. Orang boleh bercakap macam- macam. Depan mungkin manis, belakang kelat nauzubillah. Baling batu sorok tangan tu perkara biasa lah, bukan setakat tikam belakang.
Bukan paksa untuk pasrah dan bukan pasrah bila terpaksa. Memang susah nak berperang dengan diri sendiri. Tapi kita tak kalah pun jika kita berundur.

Kemenangan pasti milik kita! Sabar.

No comments: